20 TIPS UNTUK MENJADI IBU SYURGA

Besarnya tanggungjawab sebagai seorang ibu, hanya tuhan yang tahu. Cik Imaan salute dengan para ibu yang tiada sumai tapi masih boleh besarkan anak-anak dengan titik peluh sendiri. Cik Imaan juga dibesarkan oleh ibu tunggal yang diceraikan suami. Ayah Cik Imaan dulu romeo sangat, berderet mak tiri Cik Imaan ūüôā

Entry kali ini Cik Imaan nak share tips Ibu Syurga dimana ianya hadil dari nasihat wanita-wabita yang Cik Imaan pernah jumpa.

1. Meminta bantuan
Wanita tak perlu nak jadi super woman sangat. Buangkan rasa malu untuk meminta bantuan kerana kita perlukan sokongan dari orang sekeliling, contohnya minta bantuan jiran jagakan anak sebentar sekiranya anda dipanggil ke pejabat secara tiba-tiba.

2. Membantu anak menyiapkan kerja sekolah
Membantu anak dalam menyelesaikan kerja sekolah, atau duduk sahaja sebelah anak dan teman mereka habiskan kerja sekolah boleh merapatkan hubungan.

3. Kucup dahi dan ucapan sayang
Kucup dahi dan ucapkan rasa sayang anda kepada anak sebelum tidur atau sebelum keluar rumah kerana sentuhan adalah magis yang sangat hebat.

4. Sedih bersama
Sekiranya anak anda sedih maka cuba untuk memahami kesedihannya dan bertanya kenapa mereka sedih.

5. Hilangkan rasa takutnya
Jangan memarahi anak yang sedang dalam ketakutan sebaliknya cuba untuk menghilangkan rasa takot dan barulah bertanya tentang masalah yang terjadi.

6. Berlatih makan bersama keluarga
Menyediakan makanan dan makan bersama keluarga tanpa melayari internet semasa makan. Tunjukkan yang anak is your priority.

7. Tidur cukup
Ibu haruslah mempunyai waktu tidur yang mencukupi agar tidak keletihan pada keesokan harinya

8. Jadual
Membuat jadual untuk mencatatkan hari-hari yang penting agar tidak lupa atau catatkan di dalam kalendar di handphne dan set the reminder.

9. Bercuti
Mengambil sedikit waktu cuti untuk dihabiskan bersama keluarga dengan percutian ke destinasi pilihan

10. Rileks
Memberikan anak peluang untuk memberikan pendapat dan membetulkan sekiranya pendapat itu tidak sesuai .

11. Sabar
Mengajar anak anda erti kesabaran dengan cara anda bersabar dalam situasi masalah dalam keluarga

12. Memberikan semangat dan nasihat
Sekiranya anak anda mengalami masalah cubalah dengan memberikan semangat dan kata-kata nasihat motivasi.

13. Menjadi berani
Menjadi seorang ibu yang berani sebagai contoh pergi melakukan sesuatu tanpa suami

14. Hargai dan bersyukur
Hargailah dan bersyukur dengan kelemahan yang anak anda miliki barangkali mereka mungkin mempunyai sesuatu kelebihan yang lain yang tidak anda lihat

15. Jangan bandingkan
Jangan sesekali bandingkan anak anda dengan orang lain kerana kelebihan yang setiap orang miliki andalah berbeza

16. Mengucapkan terima kasih
Setiap perbuatan yang anak anda lakukan haruslah dibalas dengan ucapan terima kasih supaya mereka merasa dihargai

17. Jangan mengungkit
Jangan sesekali mengungkit dengan perkara yang telah terjadi kerana ini akan membuatkan anak anda hilang semangat

18. Doa

Doa ibu adalah mujarab . Jadi berkatalah yang baik untuk anak anda dan berdoa semoga apa sahaja yang mereka lakukan sucsess

19. Jangan berdendam
Jangan sesekali simpan dendam dengan anak. Cepatlah memaafkan perbuatan mereka dan berdoa mereka berubah.

20. Jangan membandingkan
Perbuatan membandingkan anak-anak anda adalah pembuhunuh dalam senyap. mereka akan memberontak dan menuduh kita sebagai ibu yang tak berguna.  Sentiasalah menerima kekurangan mereka dan berikan kata-kata semangat.

Cik Imaan mendoakan semua yang membaca entry ini menjadi ibu syurga dan keluarga anda diberkati Alllah swt.

…………………………………………………………………………………
Mesej kasih sayang ini dibawa oleh Imaan Suci World.  Jadilah wanita unggul dengan menjadi sebahagian dari keluarga The Angels.  Layari www.imaanworld.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.