SOKONGAN SUAMI KUNCI SEGALA NIKMAT YANG ADA DALAM BISNES

Aku wanita biasa yang sedang menjadi luar biasa

 

 

Hai semua, nama aku Noor Salzeliana Zainoba, aku berasai dari Pulau Pinang. Hampa semua boleh panggil aku Nana. Aku ni sama macam hampa semua ja, pukoi 8 sampai 5 aku bekerja. Lepas waktu kerja aku sangat ‘enjoy’ membuat bisnes online.

Bisnes pertama yang aku betul-betul fokus ialah perniagaan tshirt muslimah, bisnes yang lain-lain tu semuanya tak menjadi! Bermula dengan menjadi pemborong sebuah jenama terkemuka, aku dah banyak belajar mengenai kepayahan dan cabaran yang dihadapai ketika nak berniaga. Tambahan pula kekangan masa, tiada ilmu dan modal menjadi masalah yang paling besar. Selama 3 tahun mengutip ilmu bisnes, makin hari dah banyak ‘sepak terajang’ yang telah dihadap. Sakit, pedih dan kecewa semunya ditelan satu persatu. Itulah bab pertama cerita bisnes aku.

 

Bab kedua bersambung apabila aku ‘berkenalan’ dengan tisu pembersih muka bernama Imaan. Sebelum aku travel ke Boracay bulan September 2016, aku ternampak tisu peket biru jenama Imaan kat kedai Nelofa. Itulah my first date dengan cik Imaan, kami pegi holiday berbackpack bersama suami bercuti di Filipina. Sepeket tisu dikongsi bersama! Sweet kan? Hihihi

Kami memang suka travel

Sepanjang travel, tisu ni memang mudahkan aku nak cuci muka dan solat. Memang dah jatuh cinta. Sejurus balik ke Malaysia, aku terus men’google’ info-info penting berkaitan Imaan Suci Wipes. Dah macam jatuh cinta pandang pertama je time tu sebab dah tak sabar nak jadi agen tisu yang mudah di bawa ke mana sahaja ni. So bermulalah aku menjadi Angel Imaan di bulan September. (Angel adalah gelaran istimewa bagi Ejen dalam bisnes Imaan)

Tisu pilihan selebriti.

September, Oktober dan November berlalu dengan biasa sahaja, sebulan secarton atau dua carton sale yang diperolehi. Time ni rasa macam ‘not bad’ sebab rasa macam pandai dan hebat je buat sale sorang-sorang. Hihi Tiba-tiba pada bulan December, aku dapat tahu IMAAN akan sertai event vendor paling hot iaitu Mood Republik dan HQ tawarkan Angel yang berminat nak bertugas di booth IMAAN. Aku nekad nak turut serta walaupun perlu menempuhi perjalanan sejauh 350km (Penang – KL).

Pada aku event yang gah seperti ini mesti mahal sewanya, tapi peluang ini bukan selalu datang bergolek. Atually, ada juga suara sumbang yang cuba patahkan semangat aku time ni “Hang rasa berbaloi ka pi semata-mata nak juai tisu tu ja” Aku jawab “Takpa weh, aku nak cari pengalaman” aku menjawab dengan semangat Dia balas “Haa baguih la, pi jadi salesgirl tak bergaji, buang duit tol dan minyak kereta. Hotel pun bukan free kot” PWTC inilah saksi permulaan  kejayaan yang tak pernah aku duga!

Aktiviti delivery di malam hari apabila order dah mula masyukkk

Alhamdulillah syukur. Dengan semangat aku yang begitu membuak-buak untuk berjaya dalam bidang bisnes, hanya seorang sahaja yang aku lihat sentiasa ada dan sanggup membanting keringat membantu aku. Siapa lagi kalau bukan suami tersayang.

Perjalanan ke PWTC yang beratus kilometer itu merupakan ‘acara perasmian’ bagaimana suami aku mula terjebak dengan Imaan di belakang tabir. Dialah yang sibuk mencari hotel untuk penginapan kami dan terpaksa berpusing sekitar Kuala Lumpur mencari lokasi PWTC. Oh, tak lupa juga, dialah yang setia menjemput ku jam 12.30pagi di PWTC ketika selesai berniaga di Mood Republic.

Mengharungi jam KL – Penang. Bersabar ajelah..

Paksaan dari Fouder; Pn Wawa Idris supaya semua Angel bertugas patut buat LIVE di FaceBook ketika di booth berjaya memberikan hasil serta merta! Malam itu tak lena kerana ‘terpaksa’ melayan pm fb dan wasap dari kawan-kawan yang excited nak tahu tentang Imaan.

Ada yang terus nak jadi angel jam 2 pagi. Ada yang komen aku dah ada produk sendiri Ada yang ucap tahniah berjaya join event besar Ada yang nak COD barang sejurus aku sampai Penang Aku terlena dalam senyuman walaupun hotel bajet yang kami menginap itu sangat tidak selesa  ☹️ Aku dan suami bekerja dalam bidang, jawatan dan Universiti yang sama. Biasa sahaja orangnya, manis senyuman, namun dialah orangnya yang tidak pernah lelah membantu dan menyokong aku.  Segala apa masalah yang dihadapi oleh aku semuanya akan aku ceritakan kepadannya.

Inilah ketikanya aku bertugas di Mood Republik

Bagi aku dia sangat membantu dalam memberi kekuatan mental dan fizikal ini. Begitu juga dari segi agama. Dia sentiasa mengingatkan aku tentang agama agar tidak mudah lupa dengan segala nikmat yang telah dikurniakan. Terima kasih ALLAH untuk kurniaan ini Seringkali orang tertanya-tanya bagaimana aku dengan cepat sekali berjaya menjadi stockist paling hot di Penang. Sebenarnya aku tidak keseorangan kerana tugas-tugas di belakang tabir semuanya adalah milik suami ku itu. Aku hanyalah pemain ‘wayang’ di Facebook dan whatsapp sahaja pada hakikatnya.

Tu diaa. Penuh stok satu kereta
Saat paling manis deliver stok kepada MUA paling hot di Malaysia Bella & Farra

Tugas-tugas suami ku dalam mengembangkan bisnes Imaan ini agak sedikit remeh tapi peranannya sangat besar. Bermula dari menapak di stesen bas, menunggu bas tiba, ada kalanya terpaksa menukar haluan kerana masalah dari pemandu bas.

Imaan di mana-mana. Compulsory travel kit

Pernah juga stok-stok Imaan diletakkan tepi jalan sahaja kerana suami ku lewat sampai sebab jalan sesak, sebaik saja suami ku sampai, pemandu tersebut berlalu pergi tanpa sepatah kata. Dalam keadaan yang kelam kabut itu, secepat mungkin dia terpaksa memindahkan stok-stok tisu di tepi jalan ke dalam bonet kereta. Tak terhad dengan mengambil stok di stesen bas sahaja, dia jugaklah yang menguruskan urusan pos stok kepada angel-angel luar Penang. Stok-stok yang akan di pos itu,  dipacking oleh suami ku sebab kerjanya lebih kemas dan teliti. Tak macam aku, nak lekatkan selotape pada kotak pun terkial-kial. Haha

Aku dan Menteri Kewangan di booth IMAAN. Sakit kaki tukar pakai selipar.

Untuk pengetahuan semua, suami ku merupakan Menteri Kewangan untuk bisnes Imaan ini. Bermula dari meneliti setiap resit, melihat oder yang telah dibuat, mencatat ke dalam buku akaun dan perancangan bulan akan datang. Semuanya di bawah pemantauan si dia. Kadang-kadang aku pun trauma, setiap kali di ajukan pelbagai soalan ketika soal siasat berkaitan kewangan. Bila ada bab yang aku silap, tunduk je la mengaku salah. Huwaaaaaaa

Tanpa suami ku, tak mungkin aku boleh capai impian ku. Terima kasih sayang
Menteri Kewangan sedang audit akaun sambil minum Teh detox IMAAN

 

Begitulah kehidupan aku dan suami, ke mana sahaja bersama. Waktu bisnes kami sibuk seperti rakan kongsi, pada waktu lapang pula kami mencari kegembiraan dengan cara kami sendiri. Kami berdua mempunyai minat yang sama iaitu suka travel secara bacpackers. Alhamdulilah setiap kali ada perancangan untuk travel kami bersama-sama akan berusaha mencukupkan ‘tabung’ percutian kami ini. Makin semangat mencari sale Imaan sebab dah ada matlamat dan target yang perlu dicapai pada untuk penuhkan tabung!

Inilah antara team aku yang banyak beri sokongan. Kami bisnes berjemaah bersama.

 

Hangpa jangan jelous. Trip di Australia

Pengalaman paling manis ialah ketika travel ke Perth, Autralia. Setiap destinasi  yang kami sampai semuanya penuh dengan gambar Imaan sebagai props. Imaan di pohon epal, Imaan di atas kangaroo, Imaan di padang pasir. Boleh dikatakan separuh perbelanjaan travel kami kali ini ‘ditanggung’ oleh Imaan. Bestnyaaaaaa! Rezeki itu datang dari dalam pelbagai jenis rupa dan bentuk tanpa kita sedari. Ada jua rezeki yang sangat aku dambakan tapi pada hakikatnya aturan Allah itu adalah terbaik kerana Dia adalah sebaik-baik perancang dan Maha Mengetahui

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Alhamdulillah hasil jualan IMAAN

Walaupun rezeki dikurniakan zuriat belum dimakbulkan, tapi dengan izin Allah kekurangan ini digantikan dengan dilantik menjadi Stokis Imaan Suci. Tak terhad dengan itu, dalam masa yang singkat aku terima pula pelawaan dari Imaan Suci World untuk dilantik menjadi 3 Star Stockist Diamond iaitu peringkat tertinggi yang ada dalam hieraki Imaan Suci World.

Allahuakhbar! Peristiwa kereta terkandas di highway ketika pulang dari HQ bersama muatan 30 carton stok tisu Imaan rupanya ada hikmah. Setelah dibaiki, rupanya terdapat pelbagai lagi kerosakan yang dijangka akan berlaku dalam masa terdekat. Setelah dilakukan perbincangan bersama, kami putuskan untuk membeli sebuah kereta baru memandangkan kedudukan kewangan sekarang agak stabil setelah menyertai Imaan.

 

Berbekalkan wang simpanan yang mencukupi, alhamdulilah Allah permudahkan urusan pembelian kereta idaman kami ini. Tak sangka dan terduga satu per satu impian dimakbulkan Allah. Maha Suci Allah yang memberikan rezeki yang tak pernah terduga ini

Alhamdulillah, harta yang boleh dibeli dengan bisnes IMAAN
Gambar ni Pn Wawa yang tangkap. Hihi

6 Mei ketika habis sesi First Step To Success Penang 2017 aku dan suami membawa Founder Imaan, Puan Wawa dan Stokis Junaidah  bersiar-siar menaiki kereta baru. Sempat singgah pekena nasi kandaq Deen Maju lagi. Aku masih teringat kata-kata Puan Wawa  kepada kami suami isteri “uols memang deserve semua ini sebab hasil usaha suami isteri, untung u Nana ada suami yang sangat supportive dan memahami”

Segan la pulak Pengasas nak bergambar dengan kereta kami ni. Hihi

 

Untung team Penang, Founder sanggup turun Penang untuk buat kursus. Sempat buat surprise birthday untuk Pn Wawa.

 

Alhamdulillah, aku masih setia dengan business IMAAN. Bak kata Pn Wawa, jangan pandang rendah pada penjual tisu. Hangpa percaya tak? Aku pernah jual tisu hampir

Rm30 ribu sebulan. InsyaAllah tahun ni nak kejar 2017 Asia Trip Challenge. Jual tisu pun boleh pergi trip overseas, all in sponsored by HQ.

 

 

Bestnya bisnes Imaan ni ada pelbagai hadiah. Antara target aku tahun ni nak dapatkan barang kemas

 

Secara ringkasnya aku nak share 7 SEBAB AKU SUKA BISNES DENGAN IMAAN

  1. Produk yang unik. Tahniah Pn Wawa sebab cipta produk ni dan menjadi trend setter.
  2. Senang buat sale, sebab semua orang nak cuci muka kan.
  3. HQ dan Founder sentiasa update Angels tentang sales & marketing
  4. Design meletop – tengoklah semua produk packaging, flyers, bunting IMAAN.
  5. Tiada sekatan untuk sesiapa pun berjaya, semua ada peluang sama rata.
  6. Rewards sangat menarik.

Sekali lagi kepada suami ku, teruslah menyayangi dan menyokong daku. Aku doakan hangpa semua boleh memperolehi pasangan sebaik suami ku. Kepada yang nak tips cara untuk memujuk suami agar boleh sokong niat dan usaha kita, boleh whassap aku 019 434 2124 tau boleh follow FB ya.

 

Artikel ini adalah hasil nukilan Captain Angel Nana untuk blog Imaan Suci World.