IMAAN DI PRETTYSUCI.COM

Pada hari Jumaat, 19/5/17 bertempat di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur telah dilancarkan majlis gilang gemilang sempena pelancaran Prettysuci.com. Prettysuci.com telah dirasmikan oleh tetamu kehormat iaitu Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, DK. Majlis turut diserikan lagi dengan selebriti selebriti undangan Pretty Suci seperti Datin Paduka Umie Aida, Datuk Sheila Majid, Datuk Rossa,  Joe Flizzow, Nora Danish, bloggers, para media dan lain lain.

Booth Imaan @ Prettysuci.com

Tengku Puan Pahang di Booth Imaan

Datin Paduka Umie Aida & Pengasas Imaan

Pengasas Imaan & Pengasas OWLS, Nora Danish

Pengasas Imaan & Pengacara Majlis

 

 

Pengasas Pretty Suci : Natasha Mohammad Ozeir (kiri) & YM Tunku Kaiyisah Kamil Ikram (kanan)

 

Prettysuci.com adalah online store beauty halal product yang memberi peluang kepada para pengguna kosmetik yang mencari cari produk kosmetik yang halal dan selamat untuk digunakan dengan hanya satu klik sahaja.

So, apakah makna produk yang disahkan halal? Produk halal bermaksud produk yang tidak mengandungi mana-mana bahan binatang dan bahan yang terdapat di dalam produk tidak berbahaya kepada manusia untuk digunakan. Berita baiknya, dengan adanya online store, Prettysuci.com para pengguna kosmetik yang tercari cari produk halal semakin mudah untuk membuat pilihan produk halal yang bukan sahaja made from Malaysia, tetapi juga jenama jenama global lain termasuk dari Australia, AS, Taiwan, Korea dan Indonesia.

 

Pengasas Imaan bergambar bersama Pengasas Prettysuci.com- Natasha Mohammad Ozeir

Pengasas & Imaan Team

Antara produk produk kosmetik yang dijual di Prettysuci.com termasuklah Make over and Wardah (Indonesia), Naveen (Taiwan), Amara Halal Cosmetics and Tom’s Of Maine (USA), Kester Black (Australia), Sunwoo (Korea). Manakala Prettysuci, So.Lek, Naelofa, Marcella + Co, Sofina Hal dan Imaan Suci adalah brand Malaysia yang bersedia untuk memasuki satu medium yang global dalam mencipta nama di mata dunia.