CARA NAK HANDLE BOS BILA BEKERJA SAMBIL BERNIAGA

Siapa di sini yang bekerja dan dalam masa yang sama berniaga? Saya rasa dah menjadi trend kebanyakan rakyat Malaysia mahukan pendapatan sampingan demi kelangsungan hidup.  Tetapi saya percaya ramai yang mengalami konflik dalam menjalankan kedua-dua perkara dalam satu masa.

Izinkan saya berkongsi. Nama saya Junaidah, saya seorang kakitangan kerajaan yang telah bertugas hampir 17 tahun di sebuah agensi kerajaan di Putrajaya. Dahulu pejabat saya di PWTC Kuala Lumpur dari tahun 2000 sehingga 2010.

Saya tak pernah suka mengeluh dalam mencari rezeki

Tahun 2011 bermula episod saya berpindah pejabat di Putrajaya. Tempat yang dulunya saya tak suka pergi sebab jauh dari hiburan di waktu tengahari..hehe..lama kelamaan Putrajaya menjadi tempat yang saya sayang nak tinggalkan.

Rupa-rupanya perpindahan pejabat ke Putrajaya merupakan satu hikmah yang tak saya jangka. Di sini saya bertemu dengan Puan Wawa; seorang perunding imej yang waktu itu dijemput memberi latihan berkenaan penampilan diri serta protokol di pejabat.

Dari situ saya mula mengikuti perjalanan karier beliau. Saya suka follow FB Pn Wawa yang suka berkongsi tips. Sehinggalah pada tarikh 17 Jun 2016, beliau telah mengumumkan di FB bahawa beliau bakal memperkenalkan produk Tisu Imaan di pasaran.

Majlis Pelancaran Produk Imaan yang Pertama di Hotel JW Mariot, KL

Apa yang buat saya tertarik, produk ini unik dan semestinya sebab saya yakin sangat dengan kredibiliti Pn Wawa sebagai pengasas. Bolehlah saya dapat peluang jumpa idola saya ni  banyak kali kan 🙂

Bermula dari situ, saya tak menoleh ke belakang lagi. Bukan sebab takut hantu macam cerita jangan pandang belakang..hehe..cuma pandangan saya cukup positif dengan produk imaan dan saya tahu saya boleh. Owwhh sebenarnya saya tak pernah buat online bisness pun sebelum ni.

Pernah jaga booth sorang diri, melatih diri jadi berani.

Saya suka mencabar diri. Masa yang sebelum ini terbuang begitu sahaja di waktu rehat telah diisi dengan berniaga produk imaan. Kalau dulu waktu rehat membuang duit kat pusat-pusat membeli belah, sekarang aktiviti waktu rehat mengumpul duit pula.

Alhamdulillah hampir setahun produk Imaan di pasaran,saya dinaikkan taraf dari seorang angel menjadi seorang stockist apprentice, kemudian menjadi seorang Stockist Diamond(SD), seterusnya 3* Stockist Diamond yang merupakan peringkat tertinggi dalam hirarki Imaan sebagai agen.

Dapat surprise daripada Founder. Hantar ke pejabat pulak tu 🙂

 Sungguh saya tak jangka dalam tempoh sesingkat 8 bulan saya telah berjaya mencapai taraf tersebut. Terima kasih pada Puan Wawa dan team saya Great Angels yang menyokong perjalanan bisnes imaan ini bersama-sama.

Dalam IMAAN saya dilatih menjadi leader dan memberi latihan kepada Angels.

Kalau korang nak tau, semua peningkatan dalam perjalanan bisnes imaan ini saya lakukan secara sambilan sahaja. Saya masih bekerja tetap. Walau pun begitu, saya masih boleh melaksanakan tugas-tugas hakiki saya sebagai seorang kakitangan kerajaan.

Sedikit pun tidak mengganggu tugas-tugas saya sebagai Ibu yang mempunyai 5 anak yang sedang membesar, ibu yang berkerjaya tetap, dan juga ibu yang menjalankan perniagaan sambilan dengan menjual produk imaan. Saya masih boleh mengurus kehidupan rumahtangga serta menguruskan kerja-kerja pejabat dengan cemerlang. Jumlah sale saya tidak pernah mengecewakan dan setiap bulan 25K dalam tangan.

Wow dapat belajar mix & match warna dengan Pn Wawa.

Korang nak tau tak macamana saya boleh berniaga di pejabat tanpa mengganggu tugas-tugas hakiki saya. Tanpa buat bos marah atau menjeling tajam kat kita, tanpa membuat orang lain bercakap belakang tentang diri kita. Kat sini saya nak kongsikan tip macammana kita perlu uruskan diri berniaga sambilan walaupun masih bekerja tetap.

Tips dari saya adalah :-

  1. Jangan berniaga pada waktu bekerja. Maksudnya kalau mula kerja pukul 8 pagi – 5 petang, dan waktu rehat pukul 1 – 2 petang, maka waktu rehat itu sahajalah waktu anda nak berniaga, nak buat penghantaran , nak pos barang dan sebagainya. Jika tak sempat sila sambung selepas waktu pejabat ye ataupun lakukan pada hujung minggu sahaja.
  2. Kekal fokus pada kerja. Buat kerja hakiki kita di pejabat mengikut waktu yang ditetapkan. Lagi cepat lagi bagus.
  3. Semasa di pejabat, buat lebih dari yang diminta. Aktif memberi pandangan di dalam mesyuarat, maka menampakkan kita ini pekerja yang berdedikasi (walaupun ada buat part time bisnes)
  4. Jangan menjual pada bos anda. Jangan nak memandai-mandai cerita pada bos tentang produk yang kita jual. Kecuali bos sendiri yang bertanya. Atau pun, boleh je bagi bos free tester jika bos sudi 🙂
  5. Rezeki untuk dikongsi.  Skali skala belanja kawan-kawan.  Jangan sombong dengan rakan sekerja.  Sentiasa bekerjasama demi mencapai objektif syarikat.

Apa pun, harus kita ingat, rezeki biarlah berkat.  Banyakkan berdoa agar segala usaha kita beroleh keberkatan. Okay kalau nak tahu lebih lanjut tips dari saya, boleh follow FaceBook saya atau hubungi saya di +6013 380 7776

Artikel ini adalah cetusan idea dari Captain Angel June. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.