IMPIAN MAK KE TANAH SUCI ADALAH MISI KEJAYAANKU – OLEH CIK MISI

Assalamualaikum, saya Nurul Amalina binti Ghazali , seorang misi di Hospital Sg Buloh. Korang boleh panggil cik_misi (panggilan manja). Now , saya baru berusia 24tahun (muda lagi), dan baru je berkhidmat sebagai seorang misi kurang dari 3 tahun.

Nurse Day

Ini kisah saya.. Saya bukan graduan dalam course bisnes. Tapi sebab minat pada bisnes tu membuak-buak, akhirnya terjun ke dunia bisnes juga. Saya dah cuba buat bisnes sejak dari saya belajar diploma lagi.

Time tu nak cari duit poket, so saya pun jadi dropship produk kecantikan dan kosmetik, jadi stokis tudung serta jadi agen macam2 produk. Tapi nak kata rezeki tu belum sampai lagi, semua yang saya buat tak jalan. Semua nya tak lancar. Walaupun belajar dari kelas yang free sampai lah ke kelas yang berbayar mahal.

Satu hari, saya ternampak posting di facebook Puan Wawa nak release produk baru. So , usha punye usha, akhirnya bulan 7  saya decide untuk join Imaan Angel. First month join Imaan tertanya-tanya pada diri, “betul ke tak ni, ada ke orang nak beli tisu”, tapi buat je dulu, abaikan hasutan dalam hati tu.

Untuk naik ke peringkat seterusnya iaitu sebagai stokis, tak ambil tempoh yang lama pun! Empat (4) bulan saya joint as Angel Imaan, Puan Wawa ada buka untuk pendaftaran stokis. Tanpa lengah lagi saya pun terus sign up.

 

Masa sign up sebagai Stokis Diamond

Ramai yang tanya, macam mana saya belah badan agih masa dengan Imaan dan kerjaya sebagai misi?. haha. Sebenarnya, bukan mudah nak agih masa antara dua kerja, tapi semua ini mudah jika kita sendiri MINAT.

Semua sedia maklum tugas sebagai seorang misi sangat mencabar, tugas melibatkan masa yang tak tentu , kadang-kadang sampai takde masa untuk diri sendiri. Tapi nekad nak jadi seorang yang boleh bahagi2 kan masa dengan tugas hakiki.

Bersama sis Liza yang merupakan Stokis Apprentice dalam team saya

 

Menang trip ke  Bandung

Apa yang saya dan korang yang bekerja syift boleh buat adalah, pagi bekerja sebagai misi, petang adalah masa untuk uruskan bisnes Imaan. Kadag-kadang pagi ke HQ untuk ambil stok, petang pula bekerja sebagai misi. Waktu rehat saya adalah malam (itu pun kalau takde yang nak C.O.D lah). Masa dalam bekerja (sebagai misi) tak boleh tengok telefon .

 

So, apa yang saya boleh buat adalah time rehat dalam pantry lah masa saya untuk korang- Imaan Lovers. Kadang tu baru balik kerja malam terus cod pada angel baru, pada customer dan tak lupa juga pada angel sedia ada.

Boleh dikatakan masa saya sangat padat dari pagi sampai ke malam. Waktu bekerja kadang-kadang cuti sehari je dalam seminggu. Cuti sehari tu lah saya guna untuk hantar barang, untuk kelas dengan Imaan.

 

 

 

REZEKI BAWA MAK KE UMRAH

Alhamdulillah, hasil bersusah payah tu saya dapat kumpul duit untung imaan untuk bawa mak menunaikan umrah pada awal bulan Mei 2017. Berkat dari doa mak juga saya berjaya kumpul dalam masa kurang dari 5 bulan. sebab start kumpul duit ke umrah dari bulan Januari. Bayangkan perasaan saya masa hantar mak ke airport. sangat sebak. sebak sebab dapat tunaikan hajat mak terdahulu.

 

Di klia hantar mak ke Mekah

 

Mak di Mekah

So , saya nak tekan kan di sini, tak semestinya korang bekerja syif korang tak boleh berjaya dengan Imaan. Apa yang paling penting, korang KOMITED dengan setiap tindakan yang korang lakukan. Kepada yang nak tahu misi saya sendiri & misi buat mak, boleh follow di FaceBook ya atau hubungi saya di +6011 2114 8653

 

Artikel ini adalah hasil nukilan Captain Angel Amalina khas buat blog Imaan Suci World.