Assalamualaikum. Hai semua. Nama saya Nurul Hawariyah Binti Mohd Mohtaridi. Boleh panggil saya HAWA. Saya berumur 25 Tahun. Azam saya tahun 2017 ini adalah nak KURUS. Kenapa saya nak KURUS?

Banyak faktor yang menyebabkan saya perlu KURUS. Antaranya ialah kaki selalu rasa sakit disebabkan berat yang semakin bertambah dan badan pun selalu rasa lemah, malas dan kurang tenaga. Berat badan saya pada permulaannya ialah 80KG. Woooo..!! Berat tu.. Tinggi pula cuma 163cm sahaja. Dah macam belon panas tu haa kan.

Malu juga dengan penampilan diri sebab tiada keyakinan diri yang tinggi untuk berhadapan dengan orang. Saya terus berusaha mencari pelbagai produk detox tapi semua tidak berhasil disebabkan tidak selera untuk telan detox tersebut. Almaklumlah kebanyakan minuman teh detox tak sedap.

 

Berat sebelum kenal Imaan: 80kg

 

MULA JATUH HATI DENGAN DETOX RASA BUAH

Pada bulan FEB 2017, IMAAN SUCI WORLD telah mengeluarkan produk terbaru FRUITEA DAILY DETOX. Campuran empat jenis buah-buahan dan teh. Saya pun dengan rasa keinginan yang tinggi ingin mencuba, maka terjebaklah untuk membeli. Dengan harapan agar ia dapat membantu Azam 2017 saya ini untuk secantik Neolofa. Hihi..

Dan memang betul kata mereka yang dah mencubanya, Imaan Fruitea Daily Detox ni rasa buah yang sangat sedap dan tidak kelat. Mula dari itu, saya terus berazam untuk konsisten minum detox ni dengan diet saya sendiri.

 

 

 

Bila saya konsisten dengan detox Imaan dan amalkan diet dengan baik, memang proses lawas tu sangat baik dan lancar. Alhamdulillah, badan mula terasa ringan sedikit demi sedikit dan terus rasa semakin semangat nak terus konsisten.

 

 

 

 

 

 

Tak pernah sebelum ni rasa untuk konsisten detox dengan baik tetapi detox Imaan sangat membantu. Selama 2 bulan konsisten detox Imaan ni , naik je penimbang dah cecah angka 73KG. Woww.!! Perasaan masa tu sangat bahagia dan terus rasa diri semakin mengecil. Haha.

Imaan Fruitea Daily Detox dalam botol hipster. Lagi senang dibawa kemana-mana.

 

 

 

 

Berat semakin turun kepada 73kg

 

Pada pertengahan bulan March, saya ternampak poster Selim Raya Imaan yang dipaparkan di Facebook. Dengan rasa keyakinan diri yang tinggi, terus rasa nak mencabar diri untuk turut serta contest yang dianjurkan Imaan dengan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pada waktu tu,  berat badan saya ialah 72KG.

 

Selim Raya Challenge dengan Imaan Fruitea Daily Detox

 

MISI KURUS SEMAKIN MEMBARA

Misi untuk kurus menjadi semakin mudah kerana tarikh contest Selim Raya Imaan diadakan hampir Ramadhan 2017.  Saya lebih mudah mengawal berat badan saya ketika berpuasa.  Selepas berbuka saya pasti akan minum Imaan Fruitea Daily Detox bagi membantu proses pencernaan dan sekaligus meningkatkan sistem imunisasi badan.

 

 

YEAYYY SAYA ANTARA PEMENANG SELIM RAYA

Hari berganti hari, maka tibalah ke penghujung contest tersebut. Pada 15 Julai 2017, nama saya telah diumumkan sebagai pemenang. Walaupun hanya memenangi tempat ketiga, dengan mengamalkan Imaan Fruitea Daily Detox, ianya banyak membantu saya untuk konsisten dalam menurunkan berat badan ni. Oleh yang demikian, sedikit sahaja lagi perjalanan AZAM SEKURUS NEELOFA saya ini akan berjaya.

 

Harapan saya semoga terus dapat capai impian yang diimpikan. Pergi dengan harapan, pulang dengan kejayaan, terukir segala senyuman, dan OBESITI Say Good Bye. Terima kasih SELIMRAYAIMAAN.

 

 

 

Ha, gambar saya lepas raya , lagi sikit je nak jadi Neelofa

 

Kepada yang berminat nak tahu dengan lebih lanjut cara saya amalkan detox dan diet, boleh follow Facebook saya ya.


Artikel ini telah disumbangkan oleh Cik Hawariah untuk blog Imaan.  Sila hubungi 019-286 2828 untuk pertanyaan menjadi rakan niaga IMAAN.