BENGANG DENGAN PRODUK ORANG MELAYU

Fuhhhhh! Tajuk bikin panas kan. Haaa memang panas. Sepanas sehangat matahari sejengkal dari kepala. Tapi takpe hujan lebat dah redakan hangat tu. Tup tup keluar PELANGI berwarna warni dekat hati ni. Hepiii!

Oklah, bukan nak burukkan produk orang Melayu. Banyak je produk Melayu yang bagus dan terbaik di pasaran. Ini kisah menyedihkan yang saya sendiri pernah alami dimana produk bagus, feedback positif, tapi pengurusan HQ yang buatkan sales team jadi tak tentu arah.

.

 

Tak tentu arah macam mane tu? Ini dia saya ceritakan tiga (3) KECELARUAN yang berlaku:-

 

1. Tiada proper marketing plan.

Senang cakap takde plan yang baik la. Suka buat keputusan terburu-buru. Tak tanya team terutama bab diskaun runtuh bumi. Runtuh tu memang dasar betul. Setakat stokis takde hal ada lagi untung. Tapi kesianlahh pada ejen. Dropshipper ok lagi sebab dorang tak ada modal dan tak pegang barang.

 

2. Tak berbincang dengan stokis.

Bukan nak sangat terlibat. Tapi sebagai hirarki teratas, HQ kena juga minta pandangan. Bincang-bincang sikit. Kalau keputusan HQ buat tu tak menyusahkan leader ok, bagus je. Tapi jika leader yang dapat soalan bertubi tubi dari ejen dan pelanggan. Adil ke?

 

3. Kedekut buat branding

Branding tak semestinya lah masuk dalam televisyen, kita pun faham pastilah mahalkan.  Tetapi boleh je usaha untuk dapatkan slot dalam majalah atau surat khabar, dimana bayaran pun tidaklah mahal . Tak semuanya berbayar pun.

Haaa gittuuu sikit sebanyak. Banyak lagi haa nak taip ni. Belom lagi cerita pasal marketing dari HQ. Dah kalau gambar produk official pon takdo, guane. Gigihla leader dan anak anak lain ambil gambar pastu share reramai.

.

Pengalaman dengan produk Melayu ni beri kesan kepada kami yang leader ni. Maka saya nak berkongsi  tips sebelum memilih produk untuk berniaga:-

a) Semak dan kenali syarikat tersebut sebelum menjual.
b) Ambil tahu siapa founder.
c) Periksa produk dia dulu. Ha nak carik di mana? Gugel ajela. Hihi. Hujung jari je kan.

 

Ni semua langkah berjaga jaga sebelum labur duit. Pengalaman terburuk adalah kena buang dari team. Sadiss sungguh. Terpaksalah sedekah je produk yang ada sebab tak lalu da nak promote. Benggang punya pasalkan. Padahal produk bagus.

.
Itu cerita dulu…..

 

Sekarang, alhamdulillah. Kehidupan dalam bisnes online semakin bahagia weh. Sebenarnya saya ada jual pelbagai produk dan salah satu produk yang saya sangat suka adalah IMAAN. Jenama pertama yang keluarkan tisu lembab penanggal solekan.

Sesi penerimaan sijil untuk Program First Step To Success

 

 

 

Memang WOW! Company ada misi dan visi tersendiri. Ada coaching dengan team mesti kenalkan dan beritahu tentang company.

.

Lebih mudah Imaan dikenali bila founder Imaan sendiri adalah konsultan imej. Banyak terlibat dengan artis dan industri kat Malaysia. Boss selalu masuk tv. So, memang mudah. Produk cepat tular. Paling best, boss Imaan ni tamak ilmu. Beliau banyak berguru dalam bisnes. Ini yang buat Imaan maju laju. Baru je sambut anibeseri aritu.

Sambutan ulangtahun IMAAN

.

Puan Wawa; sangat berkarisma

Dan satu perkara yang saya tak dapat dari tempat lain adalah stokis mendapat perlindungan insuran.  Sasaran aku nak capai Three Star Stokis yang boleh dapat sehingga RM100,000 perlindungan insurans.

Minuman teh buah detox IMAAN yang sangat terkesan.

Nasihat kepada rakan rakan di luar sana yang baru nak ceburi dunia bisnes online ni, korang kena gigih sikit la. Cek pasal company, founder, marketing ok ke tak. Semua ni penting supaya korang dapat niaga dengan gembiranya. Bukan nak tengok margin je. Tau-tau hujung bulan kaching kaching?

.

Moga kita terhindar dari menindas orang lain dalam berbisnes. Kena bersihkan jiwa raga. Baru mudah rezeki nak lepak lelame dalam luar tepi kiri kanan atas bawah badan kita. Hee.

 

Psst.. ini antara gambarku bersama bisnes Imaan.. hehe

 

Aku buat keputusan untuk sign agreement as Stockist Imaan

 

Officially, I’m a Stockist Imaan

 

Tudiaa.. gigih penuhkan kete dengan stok Imaan

 

 

 

Ikuti Kelas WARNA anjuran Pn Wawa Idris (Pengasas)

 

 

Sesi coaching di Awana, Genting Highland

 

Kepada yang nak saya coach cara berniaga, boleh singgah di FB : Fatihah Suhada Ali atau telefon saya 016-261 8639.  Saya doakan kita semua dapat berniaga dengan sihat dan rezeki kita diberkati. Amin..

p/s Artikel ini adalah sumbangan Captain Angel Iha .