Cik Imaan sedih melihat mereka yang terlibat dengan musibah banjir di Pulau Pinang baru-baru ini. Imaan Suci World telah melancarkan kutipan sumbangan #ImaanCare bagi membantu Imaan Angels yang terlibat.
Alhamdulillah IMAAN telah berjaya mengumpulkan beberapa ribu ringgit. Diharap sumbangan berupa barang dan tunai ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung mereka berikutan musibah banjir.
IMAAN mengambil kesempatan ini untuk merakamkan terima kasih kepada Angels & Imaan Lovers yang telah menyumbang. Semoga Allah SWT murahkan rezeki & permudahkan segala urusan dalam kehidupan mereka. Kepada Angel Chief Nana yang membantu menguruskan bantuan bagi pihak HQ, terima kasih banyak & tahniah.






IMAAN SUCI WORLD (ISW) telah melahirkan jaringan usahawan dalam kalangan wanita bekerjaya untuk lebih berdikari dengan menambah pendapatan dan ilmu perniagaan melalui latihan berterusan daripada Pengasas. Produk Imaan boleh didapati melalui Angels kami di seluruh negara. Untuk melihat koleksi produk Imaan Suci world , sila layari website www.imaanworld.com atau hubungi 019 286 2828 / 013 234 4848.
Terima kasih semua.