SURIRUMAH NAIK PANGKAT

Assalamualaikum. Hai semua

Nama saya Norazilah. Boleh panggil saya AG atau Azilah. Berumur 29 tahun, berkahwin dan seorang surirumah sepenuh masa.

Bagi saya, anak-anak adalah sumber kekuatan untuk saya teruskan. Saya ingin menambah nilai dalam hidup saya. Pernah rasa diri tak berguna dengan tak mampu nak lakukan apa-apa diluar kebiasaan.

Membesarkan dua orang cahaya mata

Siapa kata jadi surirumah kita tak mampu untuk berjaya, saya dah buktikan. Dengan semangat dan kesungguhan kita, tiada yang mustahil. Apa yang kita perlu kenal pasti ialah sebab yang paling besar untuk mendorong kita lakukan sesuatu. Tapi dengan Imaan, saya akhirnya nampak apa yang saya mampu untuk capai.

Kisah bermula dengan Imaan kira-kira setahun yang lalu, bulan November 2016.

Alkisahnya ternampak satu review berkenaan tisu facial yang warna biru di sosial media. Terus macam jatuh cinta dan mula selidik page HQ Imaan dan segala maklumat berkenaan Imaan. Fikir punya fikir, terus hubungi HQ untuk daftar sebagai Imaan Angel.

Dari situ lah kisah bermula, dengan modal Rm432. Hasil sumbangan suami bantu keluarkan modal untuk isteri mulakan bisnes Imaan. Empat bulan bisnes Imaan, dah mula nampak hasil dan terima cabaran untuk naik jadi Stokis Apprentice pada Mac 2017

 

 

Dalam masa empat bulan menjadi Stokis Apprentice, Alhamdulillah walaupun saya seorang suri rumah. Boleh kira dengan jari sahaja berapa orang kawan yang ada tapi alhamdulillah kuasa promosi sepenuhnya menggunakan media sosial sangat membantu saya memperkenalkan Imaan pada dunia luar.

Kebanyakannya bukan sahaja berminat untuk cuba produk tapi lebih kepada nak joint bisnes sama-sama dengan saya.

Dalam tempoh empat (4) bulan saya dapat kumpul lebih 20 orang angel dalam team saya dari serata negeri dalam Malaysia. Jumlah keuntungan yang saya kumpul sudah melebihi modal yang saya keluarkan. Dalam tempoh empat bulan ini juga setiap bulan Alhamdulillah Allah izinkan saya untuk capai target dari HQ. Setiap bulan tersenarai dalam poster HQ Imaan.

Dalam waktu ini saya dah berkira-kira untuk sekali lagi cabar diri untuk upgrade ke stage seterusnya iaitu Stokist Diamond atau sekarang dikenali sebagai Angel Director. Selepas hadir program rumah terbuka anjuran HQ Imaan, di situ lah saya bulatkan tekad untuk upgrade ke level seterusnya.

 

 

Saya bersama founder; Pn Wawa di rumah terbuka Imaan

 

 

Ini hanyalah permulaan, baru setahun jagung orang kata. Doakan untuk saya istiqamah dan konsisten dengan bisnes imaan. Bukan hanya untuk saya tetapi juga untuk anak-anak team saya yang dah mencecah 60 orang.

 

 

Sekali lagi sepanjang tiga (3) bulan bergelar Captain AG, setiap bulan juga Allah izinkan saya untuk tersenarai dalam top leaders Imaan Suci World. Sungguh kejayaan yang saya capai ini bukan dari usaha saya seorang.

Sokongan tidak berbelah bagi dari suami

Segalanya memerlukan sokongan team yang hebat dan kuat. Tak di lupakan tulang belakang saya yang paling utama, suami tercinta. Yang terlalu banyak membantu terutama dari segi penghantaran stok. Serta doa restu kedua ibu bapa tersayang.

 

Alhamdulillah juga dah tiga kali saya berjaya sampai ke HQ Imaan. Majlis rumah terbuka, Leaders Affair dan yang terkini kursus pembangunan stokis. Walaupun ada anak kecil yang memerlukan perhatian kita 24 jam sehari.

Tapi dengan bantuan suami, segala alasan dapat ditepis. Kalau niat kita betul, inshaAllah Dia akan permudahkan. Perbincangan suami isteri sangat penting. Mengizinkan isteri untuk cari ilmu akan lebih membahagiakan isteri.

Pada anda, surirumah atau pun ibu bekerjaya, marilah kita sama-sama menambah nilai dalam diri kita. Percaya lah orang lain boleh lakukan, jika kita yakin dan mampu tepis alasan, kita juga mampu untuk berjaya. Jika berminat untuk sertai team Capt AG, boleh saja hubungi whatsapp 0139556809.

Duduk rumah pun kita boleh naik pangkat.

See you at the top
Angel Director
Capt AG – Imaan Vengers


Imaan Suci Wolrd telah mewujudkan jaringan usahawan wanita untuk lebih berdikari dengan menambah pendapatan dan ilmu perniagaan menerusi program latihan.  Maklumat lanjut produk di www.imaanworld.com