She Vogue yang dilancarkan pada 15 Mac 2018 merupakan sebuah program komuniti online yang diterajukan oleh Imaan World bagi memberi sokongan kepada kaum wanita khususnya ahli She Vogue bagi mencapai matlamat berbadan ideal agar dapat memberi tranformasi kepada mereka.
Terdapat pelbagai modul dan cabaran yang diberikan didalam program ini yang mengutamakan penyediaan diri untuk kurus. Antaranya ialah pemakanan sihat dan aktiviti fizikal seperti senaman, zumba dan sebagainya.
Selain itu, She Vogue turut menyampaikan modul kecantikan dan penampilan yang merupakan kepakaran pengasas Imaan World Puan Wawa Idris yang merupakan seorang perunding imej selebriti Malaysia.
Selain itu She Vogue turut mengadakan cabaran mingguan kepada peserta dimana peserta perlu kongsikan aktiviti yang dilakukan dilaman sosial bagi memenangi hadiah mingguan selain menggalakkan peserta untuk mengikuti aktiviti yang dianjurkan.

She Vogue turut menawarkan hadiah utama kepada peserta yang aktif mengikuti program. Hadiah utama merupakan pemenang berpeluang menjadi wajah rasmi She Vogue selain mendapat bekalan produk Zero Belly Fruitea Detox untuk satu tahun, makeover dan photoshoot serta berpeluang menjadi salah seorang model produk Imaan World.

Setelah hampir 3 minggu beroperasi, She Vogue kini memiliki lebih 100 pengikut di ruang Facebook Group. Selain Pengasas Imaan World sendiri iaitu Puan Wawa Idris, turut bertindak sebagai Coach She Vogue merupakan beberapa tenaga pengajar lain yang terdiri daripada pakar pemakanan dan nutrisi, mentor, dan coach zumba.