Kerja hakiki bukan penghalang untuk berniaga

Assalamualaikum

Haii …
Namaku yus..tapi aku lebih dikenali dgn nama kakyus..panggilan dari rakan sekerja kawan dan pelanggan..aku nak story kat sini macam mana aku terlibat dengan bisnes Imaan..bisnes yang aku rasa antara bisnes yang paling best sepanjang aku bergelar business woman..aku dan bisness macam-macam dan ini kali pertama aku rasakan business imaan aku paling rapat dengan founder..

Aku kenal founder imaan dulu baru aku kenal business nya..segalanya bermula pada tahun 2016 bila aku pada masa tu tengah memikirkan yang aku ingin letak jawatan dan ingin menumpukan pada business sepenuhnya dan aku tercari-cari siapakah yang aku harus rujuk sehinggalah aku melihat video puan founder imaan di program Dr Azizan iaitu IMKK.

Dalam video itu beliau menceritakan bagaimana beliau berhenti kerja dan menumpukan pada kerjaya business, kemudian aku terus follow beliau di fb kerana tertarik dengan personality beliau.

Pada masa yang sama aku masih tercari-cari suatu business yang bole aku bagi tumpuan sepenuhnya dan aku berjaya mencapai kejayaan dalam business itu. Aku juga mengimpikan produk yang aku bakal jual itu memberi kebaikan dunia dan akhirat pada orang lain.

Pada waktu itu juga aku nekad melalui business yang aku jalankan nanti aku mahu bantu orang lain juga.

Suatu hari aku ternampak di wall puan wawa yang beliau akan keluarkan satu produk pada bulan jun. Aku yang memang follow beliau turut tertunggu-tunggu produk apa yang beliau akan keluarkan.

Sehinggalah beliau telah menulis di wall facebook nya yg beliau akan keluarkan satu pruduk iaitu Tisu basah khusus untuk menanggalkan make up dan untuk mudah wudhu dan solat. Pada masa itu aku rasakan inilah produk yang aku tunggu-tunggu dan aku rasakan melalui produk ini aku dapat ingatkan wanita tentang pentingkan menjaga wudhu dan solat. Pada bulan 8 tahun 2016 aku telah join sebagai Angel (agen) Imaan Suci world bermodalkan 1 carton tisu iatu RM432..Kemudian aku berfikir lebih baik aku fokus pada produk ini saja dan aku mencabar diri untuk target kejayaan dalam produk ini.

Selama 2 bulan aku mencuba untuk menjual produk ini oleh kerana produk ini baru aku cuba perkenalkan dengan kawan2 terlebih dahulu. Apabila merasakan sambutan menggalakkn aku mula terfikir lebih baik aku menjadi stokis dan fokus untuk jualan tisu sahaja. Pada bulan jan 2017 aku mula nekad untuk menjadi stokis dan Imaan hq telah meletakkan aku dibawah pengurusan Team Terengganu yang diketui oleh Captain Bie. pada masa yang sama aku merupakan seorang ketua jabatan di sebuah agensi kerajaan.

Masa kerja yang begitu sibuk dan selalu outstation membuatkan aku terasa untuk berhenti kerja dan menumpukan pada business. Dalam masa yang sama juga bisnesku semakin berkembang dan pada bulan januari aku telah mempunyai ramai agen dibawah teamku. Ibuku menasihatiku supaya jangan berhenti kerja kerana zaman sekarang kerja susah dan dia memintaku supaya berhenti bisnes dan menumpukan pada kerja dan keluarga. Oleh kerana minat yang mendalam dengan business lebih2 lagi dengan produk Imaan yang aku rasakan cukup seronok maka aku telah merangka beberapa strategi untuk aku bekerja seperti biasa dan menjalankan business dan pada masa yang sama menguruskan keluarga dan keluar outstation.

Aku merupakan seorang yang agak berpengalaman dalamperniagaan online dan sebelum ini aku telah menjual macam2 produk. Aku juga bekerja dalam bidang yang melibatkan usahawan Jadi aku gunakan sepenuhnya pengalaman yang aku ada untuk merangka satu sistem yang akan memudahkan aku dan cuba mencapai pendapatan yang tinggi . Sistem yang aku gunakan ialah sistem agen . aku mencari seramai yang mungkin agen supaya mereka ini dapat menjalankan tugas aku untuk jualan pada pelanggan. Aku meletakkan sasaran setiap kawasan ada agen supaya pembeli dapat membuat belian dengan agen2ku. Jadi setiap pelanggan yang aku tidak dapat uruskan kerana bekerja di siang hari aku akan aturkan dengan agen aku sendiri yang akan uruskan. Aku namakan juga sistem ini sebagai kongsi rezeki.

Bagaimana aku menguruskan business ku setiap hari dan pada masa yang sama aku mempunyai kerja hakiki. Aku menguruskan segala order pada malam hari dan jika ada barang pos aku menguruskan pada malam hari siap packing untuk pos keesokkkan harinya. Setiap hari bekerja pada masa rehat, pada pukul 1tengahari aku akan uruskan barang2 ku yang hendak di poskan pada pelanggan dan agen. Ada juga agen yang datang pick up pada masa rehat. Urusan posku senang kerana aku tidak bersusah payah untuk keluar pos kerana aku telah memilih City Link untuk urusan pick up barang yang hendak di poskan. Begitulah aku mengatur perjalanan hidupku sebagai seorang Ketua jabatan yang bekerja sepenuh masa dan pada masa yang sama membuat bisnes. Aku mengatur supaya kerja hakikiku berjalan seperti biasa dan aku dapat berbisnes juga.

Begitulah aku membuat perancangan untuk teratur sehingga pada bulan mac 2018 aku telah upgrade ke stokis diamond melangkah ke setapak lagi dala perniagaan bersama imaan. Bermulalah dari situ aku meneruskan misiku untuk berjaya dalam imaan dan melatih teamku iaitu Imaan Empire. Aku telah melatih beberapa agen untuk di upgrade kepada stokis kawasan untuk melancarkan lagi sale kami. Alhamdulillah aku mempunyai seramai 14 stokis kawasan. Oleh kerana order semakin bertambah maka aku perlu mengurus business ku dengan lebih teratur supaya tidak mengganggu waku kerjaku. Suamiku juga membantu aku untuk menguruskan packing stok dan menghantar barang untuk diposkan. Business ku semakin mudah dan berjalan lancar. Kerjaku sebagai pegawai di agensi kerajaan juga berjalan seperti biasa walaupun sebagai ketua jabatan memerlukan penumpuan yang lebih pada kakitangankku. Keluar outstation juga tidak bermasalah kerana aku ada pembantu iaitu suami dan stokis aku turut membantu untuk berurusan dengan pelanggan.

Pada bukan jan 2018 sangat mengembirakan kerana aku telah dianugerahkan oleh Agensi aku iaitu Anugerah Pekerja cemerlang untuk tahun 2017. aku sangat2 bersyukur dan terharu ternyata sistem bisnes yang aku lakukan tidak mengggangu kerjaku sebagai ketua jabatan malah aku dianugerahkan sebagai pekerja cemerlang jabatan.

Pada bulan febuari juga di satu majlis High Tea Imaan aku telah diumumkan oleh Founder Imaan untuk mendapat anugerah Best Leader Terbaik, Angel High achiver, Top sale dan pemenang cabaran Travel ke Bangkok untuk tahun 2017. syukur kepada Allah di atas penghargaan ini. Tahun 2017 merupakan tahun kejayaanku bukan saja dalam kerja hakiki ku iatu pegawai kerajaan dan ketua jabatan malah aku juga berjaya dalam business ku iaitu sebagai stokis imaan. Malah aku juga telah diumum oleh founder untuk upgrade ke Angel Chif bermula bulan februari tahun 2018. ternyata kita bole melakukan 2 kerja pada satu masa asalkan kita ada perancngan dan sistem bagaimana kita hendak urus kedua2nya.

Dalam seharian juga aku mengatur hidupku dengan teliti supaya aku tidak membazir masaku pada perkara yang sia2 dan masa yg ada aku gunakan sepenuhnya untuk training dan guide team aku dan mencari agen baru untuk dibantu melalui kepakaran ku untuk guide agen baru. Banyak perkara sia2 yang di skip dalam aktiviti seharian seperti tidak keluar makan terlalu lama, tidak bersembang2 terlalu lama, jauhi sifat seperti makcik bawang yg suka bercerita mengumpat serta melayari fb da ig untuk perkara sia2..kecuali untuk tujuan marketing dan sebagainya. Itulah antara perkara yg perlu dilakukan jika kita benar2 ingin berjaya sebagai seorang wanita yg berkerjaya disamping berjaya melakukan perniagaan.