Assalamualaikum.. Nama saya Norsabihah Fidri, you all boleh panggil saya Bie, berasal dari Terengganu.

Sekarang saya bekerja sepenuh masa. Sebelum dan selepas grad pada tahun 2001 (Uitm dihatiku selama 5 tahun), saya dah cuba dengan macam-macam kerja. Kerja pertama di kedai buku.
Selama 11 tahun bekerja makan gaji, bermulalah kisah saya berniaga. Semuanya bermula apabila founder Pn Wawa Idris yang juga merupakan sahabat saya semasa di Uitm. Kami roommate walaupun course lain-lain. (dia rajin study & mmg best student, saya malas) haha. So, masa 23 Jun 2016 bulan puasa (masih ingat lagi tarikh ni) Pengasas produk Tisu IMAAN; Pn Wawa hubungi saya & promote jadi ejen tisu imaan walaupun dia tahu saya ni memang sejenis yang tak reti berniaga & malas.
Disebabkan dia ni sahabat saya & niat masa tu nak cuba-cuba , saya beli juga tisu tu dengan modal permulaan RM216.00 (3 kotak.) Memikir jugak nak keluarkan duit banyak tu sebab dalam hati saya, bila la agaknya stok ni nak habis.

Tapi tanpa disangka, mungkin Allah nak tunjukkan jalan & nak membuka pintu rezeki untuk saya, sebaik sahaja stok tu sampai (kat ofis) saya keluarkan tisu tu nak tunjuk pada kawan-kawan ofis. Tanpa dijangka, ketiga-tiga kotak tu habis dalam masa 10 hari!! (ok la kan untuk org yang xpenah dan xreti berniaga & menjual).

Allahuakbar, semangat betul masa tu. Lepas dari stok habis, ada lagi kawan2 yang order. Saya terpaksa ambik pre order sebab stok habis. List panjang betul masa tu org order sampai tak menang tangan. Dah la nak raya kan. Dari situ lah bermulanya saya berbisnes dengan Imaan. Boleh dikatakan saya pioneer jugak la dalam family Imaan ni. Bermula dari situlah saya mula bersemangat dan mula fokus untuk berbisnes sehingga bergelar Stockist Diamond (SD).

Satu perkara yang saya nak bagitahu, walaupun Pn Wawa ini sahabat saya, tetapi dia sangat professional dalam bab bisnes dan saya tetap mendapat layanan sama rata seperti stokis yang lain. Sikap beginilah yang seharusnya ada pada semua orang bisnes.

Berdasarkan pengalaman saya yang baru setahun jagung dalam bidang ini dan tak berapa rajin pada mulanya, ada 5 cabaran hebat yang perlu anda tempuh sebelum anda berjaya menjadi seorang usahawan yang hebat. 5 cabaran ini jika tidak dibendung, ia bakal merencatkan perkembangan perniagaan anda secara tidak langsung.

Cabaran #1: Diri Sendiri
Perkara yang paling ditakuti adalah diri kita sendiri. Apa-apa yang kita buat, perkara pertama adalah perlu YAKIN. Jika tiada keyakinan dalam diri, sudah tentu apa yang kita buat tidak akan ke mana. Pengalaman diri sendiri adalah tidak yakin untuk berbisnes (kerana terpaksa). Walaubagaimanapun, alhamdulilah & terima kasih Allah serta Pn Wawa yang telah tunjukkan jalan saya untuk memulakan bisnes bersama Imaan.
Cabaran #2: Kekurangan Motivasi & Pendorong
Memang nampak ringan faktor ini, tapi cuba bayangkan anda sedang bersemangat hendak memulakan perniagaan dan bercerita tentang rancangan anda kepada keluarga anda, tapi mereka hanya menjawab “Nak watpe berniaga, ada pelajaran tinggi-tinggi, kerja jerla dengan kerajaan tu”. Memang jatuh sedikit motivasi anda bukan? Sama macam saya alami jugak.
Ramai yang hanya mendiam diri apabila ada dikalangan ahli keluarga yang memulakan perniagaan. Lebih buruk lagi apabila ada dikalangan ahli keluarga yang memberikan reaksi negatif berkenaan dengan perniagaan yang mahu diceburi.
Kuatkan hati, akal dan minda untuk terus mengatasi masalah ini. Ingatlah bahawa suatu hari nanti mereka pasti akan mula mengubah persepsi mereka setelah melihat kejayaan kita. Alhamdulilah keluarga memberikan sokongan kepada saya namun ada segelintir kawan-kawan yang memberikan reaksi negatif & tidak percaya dengan apa yang saya buat namun hasil telah nampak dengan sendirinya & kita tidak perlu utk please pada semua orang menyokong apa yang kita buat.
Pastikan hidup anda dikelilingi oleh circle-cirlce yang positif yang boleh menjadi motivasi dan pendorong untuk lebih maju ke hadapan
Cabaran #3: Tidak Mempunyai Modal
Perkara yang saya belajar selama setahun di dalam Imaan adalah apabila seseorang hendak menjadi agen, modal sentiasa menjadi alasan. Bagi saya, Imaan merupakan produk yang paling rendah modalnya untuk memulakan bisnes. Bayangkan, dengan serendah RM 180 (dulunya RM216), anda sudah boleh menjadi Angel (agen) Imaan dengan memiliki produk untuk mula menjual.
Jika anda tidak bermula, bagaimana hasil tu akan diperolehi, kan?
Cabaran #4: Masa Antara Keluarga, Kerjaya dan Bisnes
Kejayaan bererti pengorbanan dan sekiranya seseorang usahawan tidak sanggup berkorban masa dan tenaga untuk perniagaan, kejayaan tidak akan berani menghampiri anda.
Memang benar keluarga itu adalah yang pertama, tetapi anda harus menerangkan kepada mereka situasi anda sekarang ini supaya mereka faham dan tidak banyak mengambil masa anda agar anda boleh kekal fokus menguruskan perniagaan anda. Begitu juga dengan kerjaya. Jika anda seorang yang bekerja sepenuh masa, anda perlu membahagikan masa dengan sebaiknya agar kerja-kerja hakiki anda tidak terganggu dengan perniagaan yang dijalankan.

Cabaran #5: Kurangnya Ilmu & Strategi Bisnes
Ilmu bukan sahaja dituntut semata-mata untuk anda menjawab soalan peperiksaaan sahaja. Ilmu perlu dicari supaya anda cukup bersedia menghadapi apa sahaja ‘persoalan’ yang muncul dalam perniagaan anda.
Sentiasalah belajar dari semasa ke semasa berkenaan dengan ilmu-ilmu perniagaan yang baru agar perniagaan anda boleh kekal konsisten dan lebih berjaya pada masa depan. Di dalam Imaan, terlalu banyak latihan yang berterusan yang dianjurkan oleh HQ dengan yuran komitmen yang rendah. Bermula dengan “First Step to Succes” (FSTS) kepada kelas-kelas marketing, kewangan dan juga kecantikan semua ada disediakan oleh Imaan.
Usahawan yang berjaya mendaki gunung kejayaan adalah mereka yang bertekad mahu mencapai kejayaan. Manakala usahawan yang hanya menunggu dan lihat serta memilih jalan selesa akan sentiasa berada ditakuk lama dan menjauhi kejayaan.
Dengan menguasai 5 cabaran di atas, anda pasti akan berjaya dalam apa jua perniagaan yang anda ceburi. Ingatlah bahawa andalah penentu kepada masa depan perniagaan anda dan cuma anda sahajalah yang mampu mengubah hidup anda.
KESIMPULAN NYA APA YANG BOLEH ANDA BUAT UNTUK BERMULA:
- Tanamkan minat terhadap produk
- Kenali pelanggan anda
- Fokus
- Maklumat produk ada dlm ‘finger tips’
- Fast response
- Menjaga adab ketika berniaga
- Jual value produk (testimoni)
- Jangan banyak alasan
Alhamdulillah daripada duit berniaga, saya sekarang sedang kumpul emas. Satu bulan 1 emas. Pelaburan masa depan.

“LIFE IS TO SHORT TOO WAKE UP IN THE MORNING WITH REGRETS. SO, LOVE THE PEOPLE WHO TREAT YOU RIGHT, FORGET ABOUT THE ONES WHO DON’T AND BELIEVE THAT EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON. IF YOU GET A CHANCE, TAKE IT. IF IT CHANGES YOUR LIFE, LET IT BE…
Captain Bie
No telefon 0199365150
FB : Bie Fidri
Instagram : angel_bie_trg
p/s Artikel ini adalah sumbangan Captain Angel Bie .