PENSIJILAN HALAL UNTUK PRODUK TISU IMAAN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

1 Mei 2017– Sijil halal daripada JAKIM secara rasminya telah dikeluarkan untuk produk Imaan Facial Wipes. Alhamdulilah…

Sesungguhnya, “Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam” (HR Ibnu Asdil Barr).

Meskipun cop halal ini nampak tidak penting untuk diletakkan pada sehelai tisu, tetapi perkara ini membuktikan Imaan amat mementingkan kepentingan para pengguna bagi memberikan kualiti yang terbaik pada perkara yang nampak remeh bagi sesetengah orang. Kualiti tisu yang ada status halal ini membuktikan wet wipes yang dijual adalah tisu yang diyakini selamat, suci dan bersih untuk digunakan bagi semua golongan.

Untuk mencipta sehelai tisu basah terkadang kita terlepas pandang mengenai kaedah yang baik dan selamat untuk para pengguna. Pembuatan tisu diperbuat daripada pulp atau bubur kertas yang kemudian diproses dengan menggunakan bahan kimia seperti parfum, zat pewarna serta bahan kimia yang lain. Walau bagaimanapun, penggunaan campuran alkohol dalam pembuatan tisu basah menjadi tidak selamat dan membahayakan jika alkohol adalah dari khamar/arak.

Semua khamr mengandungi alkohol tetapi tidak semua alkohol adalah khamr. Alkohol yang diperoleh dari proses membuat khamr adalah najis dan hukum menggunakannya adalah HARAM. Bagi umat Islam, ekstrak yang digunakan sebagai bahan tambahan tentunya seharuslah yang halal.

           

Berita baik buat para pengguna tisu Imaan, Imaan Suci Wipes bukan sahaja mempunyai tempoh hayat selama dua tahun, mengandungi khasiat Aloe Vera dan Vitamin E, malah wet wipes ini juga adalah satu satunya tisu yang bebas daripada alkohol dari khamr. Kini, ditambah pula dengan status halal daripada JAKIM, menjadikan tisu ini lebih berkualiti tinggi dan menerima permintaan tinggi daripada para pengguna.

HALAL CERTIFICATE

 

Untuk berniaga bersama Imaan sila mendafar sebagai Imaan Angel (Ejen) kami dengan hubungi 019 286 2828.

 

Jom baca link2 yang menarik ini:

ALCOHOL – HALAL OR HARAM? What is alcohol and khamar. 

Waspada Kehalalan Tisu Basah

Tisu Halal, Memangnya yang Lain Haram?

MencarYang Halal Adalah Suatu Kewajipan